? ??????????????In The Air? ????? ?? ???Rating: 4.4 (7 Ratings)??78 Grabs Today. 17338 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Phone Booth? ????? ?? ???Rating: 4.4 (22 Ratings)??61 Grabs Today. 31386 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Love Is Strang BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Banners

Harry Potter

Leave A Comments

My Japanese name

Hello my Name is Siti Maisarah.My japanese name is Harutomi Matsumara .

My Japanese name is Harutomi Matsumara.
Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Tuesday, November 10, 2009

My Story :Impianku

IMPIANKU
Seorang budak perempuan bernama Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Diana hendak menjadi seorang doktor, tetapi ibubapa nya mahu Sarah menjadi seorang penyanyi. Sarah tak tahu nak pilih yang mana satu.Adakah Sarah akan pilih cita-citanya sendiri atau mengikut pilihan ibu bapanya.Sarah mempunyai 7 orang kawan iaitu Princess Alice Daniella(macam muka princess aurora) Emmy Watson(macam nama Emma Watson) Cassie Cruse(adik tom cruse lah pulak) Mitchella Johnny, Vannesa Hiliana(bukan Vannesa Hudgen) dan Rozalina Rose (macam nama princess dalam cerita Princess Protection Program) Kalau nak tahu kisah Sarah ni , bacalah.










bab 1
Alamak! Secret admirer!
Sarah sudah mula bosan membaca buku formula matematiknya. “Arghhhhh……Letihnya.” Sarah mengeluh. Mana tak letih dari tadi asyik berkurung dalam bilik je. “Rasa nak tidur kejaplah.Arghhh…..” Baru beberapa minit dibuai mimpi sarah di kejutkan dengan suara orang menjerit.Rupa-rupanya adik sarah iaitu siti tengah bergaduh dengan abangnya amin. “Siti dulu nak main gameboy!” siti menjerit. “Abang Amin dulu nak main!” amin membalas. “ Mama, tengok abang Amin.Dia tak bagi Siti main gameboy.” Siti mengadu. “Amin, bagilah Siti main.Amin kan abang, mengalah pada adik.” Puan Norah danish memberitahu Amin. “Ok.” Amin menjawab dengan muka masam. Siti pun menjelerkan lidah mengejek.


Encik Faizal taher menghantar sarah ke sekolah pada pukul 6:30 pagi. “Sarah dah siap ke belum?” Encik Faizal Taher menyoal.Puan Norah Danish dan Encik Faizal Taher ialah professor yang terkenal di dunia. “Dah.” Sarah menjawab. Sarah pun bertolak ke sekolah. “Hai sarah.” Alice bertanya. “Hai.” sarah menjawab. “Selamat Pagi, cikgu.” Nicholas selaku ketua kelas memberi salam. “Selamat pagi semua.Duduk.” Cikgu Hadi memberi arahan. “Sila buka buku matematik muka surat 123.” Cikgu Hadi memberi arahan lagi. “Matematik lagi, matematik lagi.Hah, saya dah fobia dengan matapelajaran matematik.”


Selepas sekolah, Sarah melihat Alice termenung seorang diri sambil tersenyum. “Alice!” Sarah mengejutkan Alice. “Opocot.” Alice melatah. “Ha ha ha.Kawan saya sorang ni dah pandai melatah lah pulak.Ha ha ha.” Sarah mengacau Alice. “ Em.Tak nak kawan awak.” Alice marah. “Alah , Tak payah lah merajuk.Nanti cepat tua.”Sarah mengacau lagi. “Ha ha ha.” mereka ketawa. “Kenapa awak tersengih-sengih je?”Sarah bertanya. “Hah .O…Sarah. Saya…dapat kad dari secret admirer.” Alice menjawab sambil senyum. “Sapa lah yang bagi awak kad tu ye?” Sarah mengacau lagi.Dia tahu yang Zeigler yang bagi kad tu.Tapi Zeigler tapi mahu Sarah bagi tahu Alice.
Oh My Princess. Senyuman mu yang menawan membuatkan ku tergila-gilakan mu.Wajah mu yang manis itu membuatkan mataku menjadi bentuk ‘love’. Walaupun princess tak tahu siapa diri ku, tapi I always Love U.
Daripada
Secret Admirer








Ini lah kad tu. Cantik tak. Bertuah betul Alice.Dapat kad secantik tu.Tapi, kalau Alice tahu yang Zeigler bagi kad tu, hah naik benganglah dia. Dia tak suka Zeigler. Dia suka dengan ketua kelas tu. Sapa lagi kalau bukan Nicholas. Hah kalau nak tahu, Alice bila nampak Nick( nama samaran Nicholas) datanglah angau dia. Hm.Kawan sarah sorang ni dah angau dengan ketua kelas rupanya. “Sapa lah agaknya secret admirer tu ye.Nick kot.” Alice baring di atas katilnya sambil tersengih-sengih. “Kenapa anak mama tersenyum-senyum ni. Ada apa-apa ke?” Puan Tara Jacquelina bertanya. Puan Tara Jacquelina ialah bekas model di USA. Sekarang sudah menjadi manager model-model lain. Ayah Alice pula Luke Skywalker .Beliau dipanggil nama itu sejak di kolej.Sekarang sedang berkerja di USA.


Semasa Alice membuka lokar nya, terdapat sepucuk sampul surat berwarna ‘pink ’. “Hah. Secret admirer.” Alice berbisik sendirian. Di dalam kelas, Alice tak dapat tumpukan perhatian.Dia asyik memikirkan tentang secret admirer tu.Tiba-tiba, “Princess Alice Daniella!” Suara Cikgu Farah yang garang tu memanggil Alice. “Yes komander!” Alice yang terkejut itu menjawab macam ‘tentera’ berdepan dengan komander. Apalagi, marah lah Cikgu Farah. “Hm! Alice! Balik nanti pergi pejabat saya!” Cikgu Farah member arahan. “Hei alice.Kenape awak tak tumpu perhatian kat kelas tadi?” Sarah bertanya. “Tak ada ape-apelah.Jangan risau.” Alice mengesat air mata sambil tersenyum.


Di rumah, Sarah terus mandi,makan dan sembahyang zohor. Habis sahaja sembahyang, Sarah terus pergi ke komruter ribanya. Dia membuka yahoo messeger untuk chat dengan Alice.Tapi , Alice tidak menjawab. “Hm…Alice mesti masih menangis.” Sarah mengeluh. Di bilik Alice, “Achooo…Sapalah yang mengumpat aku ni.” Alice mengomel sendirian sambil menangis. Alice pun pergi ke meja belajar dan membuka laptopnya.Dia pun pergi ke www.sekolahsribangsar.com. “ Wowww….30 private messege.Ish ish ish baru tiga hari menghilang dah ada 30 private messege.Hm..” Alice mengeluh.Tangannya sudah mula sakit kerana terlalu banyak mesej.




Semasa Alice membuka lokar nya, sepucuk surat jatuh ke lantai.”Hm. Secret Admirer.” Alice mengeluh.Dia sudah mula bosan dengan surat dari si secret admirer. “Murid-murid cikgu mahu kamu semua ulangkaji semua matapelajaran yang telah kamu belajar, sebab kamu akan ada ujian petengahan tahun pada 9 November 2009.Iaitu jatuh pada minggu depan.Cikgu doakan kamu semua Berjaya nanti.” Cikgu Nasha memang terkenal dengan sikapnya yang lemah lembut dan baik hati itu.Cikgu Nasha sudah dalam senarai top 10 guru paling digemari dan baik hati. “Kenapa cikgu cakap macam orang nak pindah je?” Ezzrin yang nakal itu menyoal Cikgu Nasha. “Ish..Ezzrin ni.Janganlah cakap macam tu.Nanti masin mulit awak.” Nurul Syuhadah memarahi Ezzrin. “Dah lah tu. Ezzrin, Syuhadah.Sebenarnya cikgu akan sambung belajar selama sebulan di University Of London minggu depan.Jadi cikgu tak dapat jumpa kamu semua.” Cikgu Nasha menjelaskan semua. “Ooooo……Hah! SEBULAN!” Mereka menjerit. “Shhh…Jangan bising.Sebulan tu bukannya lama.Pejam celik,pejam celik dah sebulan.” Cikgu Nasha memujuk mereka.
Semasa rehat, “Hai Sarah. Awak dah makan.” Nick bertanya. “Dah.” Sarah menjawab. “Hai Princess….Alice……Daniella.” Nick menyoal Alice dengan gagap. “Hah.Oh dah makan dah.Awak pulak?” Alice menyoal. “Dah” Nick tersenyum-senyum menjawab. Bersambung………………………………


Hah! Apa yang akan jadi pada hubungan Alice dan Nick dan apa akan berlaku pada secret admirer tu? Hah. Janganlah lupa baca sambungan cerita ni.Ok. J J

0 comments: